Kira-kira
setengah jam kemudian, tertuduh melakukan perkara sama terhadap mangsa
serta mengulangi perbuatan itu pada jam 6 pagi, 6.45 pagi dan 7.30 pagi
di tempat dan tarikh sama.
Ahmad Zulhelmi
didakwa merogol mangsa berumur 13 tahun lapan bulan di sebuah bilik sewa
di Lorong Tun Ismail 6, di sini, kira-kira jam 4 pagi pada 5 Disember
tahun lalu.
Dituduh 5 kali rogol budak bawah umur |
Seorang pekerja
kilang menghadapi tuduhan merogol seorang remaja bawah umur sebanyak
lima kali dalam tempoh tiga jam di bilik sewa, di sini, tahun lalu.
Ahmad Zulhelmi
Zulkifli, 24, yang beralamat di RRM 2 Kuala Pahang, Pekan, ditahan pada
12 Oktober lalu dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 4, di sini, semalam.
Ketika ditanya Hakim Irwan Suaibon, tertuduh tidak mengaku salah dan memohon supaya dibicarakan.
Irwan menetapkan tarikh perbicaraan semula pada 15 November ini selepas diminta Pegawai Pendakwa Raya, Law Chin How.
Tertuduh juga
diminta membawa peguam selepas dikenakan ikat jamin keseluruhan RM14,000
bagi kesemua pertuduhan dan seorang penjamin.
Ahmad Zulhelmi,
bagaimanapun, gagal membayar ikat jamin dengan alasan bapanya pergi
menunaikan haji di Makkah, lalu tertuduh dihantar ke Penjara Penor.