Selain daripada Aaron Aziz, nampaknya Dato’ Siti Nurhaliza juga
berkongsi bulan yang sama untuk menyambut ulangtahun perkahwinan bersama
suami tercinta pada 21 Ogos lepas.
Melalui gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram miliknya, dapat
dilihat kebahagiaan jelas terpancar di wajah penyanyi kebanggaan negara
itu.
Menariknya, dalam banyak-banyak ucapan tahniah yang diterima Dato’ Siti,
terselit juga tweet daripada anak Datuk K bersama bekas isterinya,
Asyraf Khalid yang turut sama mendoakan kebahagiaan bapa dan ibu
tirinya.
Walaupun masih belum dikurniakan anak, namun kehidupan Dato’ Siti
dilihat tidak sunyi dengan kehadiran anak-anak tiri yang cukup mesra
dengan dirinya.
Bagi yang mungkin terlupa, Dato’ Siti telah mendirikan rumahtangga
dengan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan majlis
perkahwinan mereka itu mendapat jolokan ‘Wedding of the Decade’.
Untuk peminat-peminat Dato’ Siti, beberapa keping foto terkini penyanyi
kesayangan anda yang semakin jelita dan kelihatan lebih bahagia.
via - ohbulan