Walaupun sudah beberapa
bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf
antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah
konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat
diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman
Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita
ini, satu ketika dulu.
Bertemu dengan Nasha pada
majlis pertunjukkan fesyen sempena pelancaran perisa terbaru ais-krim
Magnum, Malaysian Digest.com berkesempatan bertanyakan kepada empunya
badan mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan cintanya bersama lelaki itu
kini kembali bertaut.
“Oh, tentang gambar itu,
sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula
suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama.
“Antara kami tidak pernah
ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia
dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan
adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman
rapat saya”, katanya Nasha Aziz.
Manakala mengulas pula
tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut yang dilihat cukup mesra
bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang pernah membintangi filem
Laila Isabella ini,
“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya”, ujarnya.
Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.
“Saya masih solo. Memang
saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu.
Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right
forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, katanya dengan nada
bergurau. - MD