Wooo
terbaca tentang perkara dilarang dalam facebook dan aku nak berkongsi
dengan korang sebagai peringatan manalah tahu leka sangat beronline
sampai tak sedar terbagitahu benda yang boleh mendatangkan bahaya.
1. Tarikh lahir
Mendedahkan
tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang
punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin
dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci?
2. Nama ibu
Korang
perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai
soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat
peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek
tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada.
3. Alamat rumah
Tidak
perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah
kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian
apabila korang ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
Take note that sebab aku pun kerap bercuti sana sini.
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status
yang memberitahu kornag takde katirumah dalam sesuatu tempoh yang lama
tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah sebaliknya
menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika
anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut
memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman
teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun,
berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah
ye!
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai
yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang
terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan
jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan
mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus
cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.
8. Nombor telefon.
Memaparkan
nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi
untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan
rakan kepada rakan korang.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih
baik korang memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang
dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi
bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Korang
mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan
barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai?
Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan
peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.
P/s:
Pendapat peribadi, bukan semua tentang kita patut di SHARE di dalam
facebook mahupun twitter dan kat sini lah letaknya privasi kita untuk
keselamatan hari esok. Nampak remeh tapi bila dah terjadi baru terngadah
ye dak? Nak salahkan sape kalau bukan diri sendiri?