belum
 ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mengumumkan di 
media, Pusat Tahfiz Amal, PTA, selama ini memperhambakan pelajar 
mengutip derma secara tidak sah diarah memberhentikan kegiatan itu dalam
 tempoh sebulan.
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar PTA dari luar telah saya dedahkan, klik di sini.
Minggu lalu 
saya dihubungi oleh individu amat prihatin. Beliau merakamkan gambar PTA
 dari dalam. Seperti diketahui pihak pengurusan PTA telah memperkudakan 
pelajar selama lebih 10 tahun menjual pelbagai produk keluaran syarikat 
bekas ketua ajaran sesat, SM Amin di seluruh pelusuk negara. Pastinya 
kita menjangka, wang itu digunakan sebaiknya untuk memberikan keselesaan
 kepada kanak-kanak dan remaja kononnya mendalami ilmu pengajian 
Al-Quran sehingga mereka semua bergelar al-hafiz.
Namun gambar dikirimkan kepada saya, menunjukkan FAKTA sebaliknya. Surau dibina tanpa dinding. 

Kantin.



Dewan.

Paling mengejutkan, keadaan di kelas tahfiz. 



Menurut perakam gambar, tiada kelas tahfiz dijalankan di PTA, premis di atas dibiarkan kosong dan kotor.
Inikah ciri pusat pengajian TAHFIZ?
Sebilangan 
pembaca tentunya berpengalaman terserempak pelajar PTA di lokasi seperti
 stesyen minyak atau kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya dan mengajukan 
soalan berikut kepada mereka.
"Kalau asyik menjual barang dan tidak berada di Kedah, bilakah anak ini menghafal Al-Quran?"
Jawaban kepada 
soalan itu, jelas. Tiada kelas menghafal ayat kitab suci Al-Quran tetapi
 tempat ini digelar Pusat TAHFIZ Amal. Jadi tidak hairan jika sebilangan
 pelajar PTA hanya mampu membaca beberapa ayat lazim sahaja. Lebih 
mengejutkan, segelintir daripada mereka tidak lancar membaca 
Al-Fatihah. 
Seperkara lagi, kemanakah perginya wang hasil derma orang ramai dan keuntungan jualan oleh pelajar selama ini?
Pelajar, majoriti masih kanak-kanak dan tidak bersalah, mereka hanya mengikut arahan pihak pengurusan.