 
                            
Sony Xperia Z1 f
 memang pernah diwawarkan sebagai versi Xperia Z1 yang bersaiz lebih 
kecil tetapi mempunyai spesifikasi yang lebih kurang serupa dengannya. 
Namun berita mengenai kedatangan versi Xperia Z1 f tidak kedengaran 
sehinggakan semalam, ia kini dilancarkan di Jepun di bawah syarikat 
telekomunikasi Jepun iaitu NTT Docomo.
Hadir dengan 4 variasi warna iaitu 
putih, hitam, kuning kehijauan dan merah jambu, ia nampaknya 
mengutamakan pasaran pengguna yang sukakan telefon pintar lebih kecil 
dan mudah untuk dimasukkan di dalam poket tetapi inginkan telefon pintar
 yang lebih premium seperti Xperia Z1. Paling penting, ia juga hadir 
seperti Z1 iaitu kalis air dan debu dengan IP55/IP58.

Spesifikasi lain juga lebih kurang sama 
dengan Xperia Z1 iaitu dengan menggunakan cip-pemprosesan 4-teras 
Snapdragon 800, 2GB RAM, 20.7 megapiksel kamera belakang, memori dalam 
sebanyak 16GB. Skrin Xperia Z1f lebih kecil daripada Z1 iaitu 4.3inci 
dengan kualiti 720 p tidak seperti Xperia Z1 iaitu skrin 1080p dengan 5 
inci skrin. Bateri juga lebih kecil berbanding Xperia Z1 iaitu hanya 
2,300 mAh.
Buat masa ini tiada pengumuman lagi 
untuk pengenalannya di pentas antarabangsa namun ia mungkin akan 
diumumkan kelak di CES 2014 yang akan berlangsung lebih kurang 2 minggu 
lagi. Berikut gambar-gambar yang telah diambil menggunakan Xperia Z1f. 
Klik untuk besarkan gambar.

