
Selepas menyedari dirinya dihina dan difitnah sedemikian rupa, pantas 
sahaja Ustaz Kazim memberikan penjelasan kepada pihak-pihak yang busuk 
hati dengan perlantikannya itu menerusi laman Facebooknya, sebentar 
tadi.
Antara lain, Ustaz Kazim menulis, “Subhanallah, saya pun 
terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki. Saya ni sentiasa 
berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus”.
“Berhati-hatilah dalama berbicara. Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa dan pangkat? Apa salahnya doakan yang terbaik.
“Bila tiada orang agama, dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk, saya tak faham,” luahnya lagi.

Selain itu, dengan pelantikannya itu, ramai yang mula membuat sangkaan 
bahawa Ustaz Kazim akan terus bersara dari memberikan ceramah agama 
kepada masyarakat di luar sana.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan dia tidak 
sesekali akan meninggalkan bidang dakwah yang menjadi darah dagingnya 
sebaliknya selepas ini, beliau mahu lebih memberikan fokus memberikan 
dakwah di sekolah-sekolah selain di media-media seperti televisyen dan 
radio.
Selain Ustaz Kazim, lapan lagi individu telah dilantik sebagai Ahli 
Majlis Tertinggi Umno yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk 
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.
Oleh: AUDREY LEE