
Spesis hantu
 dipercayai penunggu di Villa Nabila akan memfailkan saman malu ke atas 
individu yang menyebarkan fitnah bahawa mereka yang menculik dan 
menyorokkan remaja Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun, di dalam rumah 
kosong itu.
Untuk 
pengetahuan anda, itu hanyalah intro berasaskan kepada gambar parodi 
yang dihasilkan oleh pakar grafik di negara ini kononnya bagi 
menggambarkan perasaan tidak puas hati spesis makhluk halus apabila 
dituduh menyembunyikan Mohd Izzat.
Pada zaman 
ini, atas nama perhatian dan populariti spesis ghaib pun boleh dijadikan
 bahan untuk disebarkan seterusnya menjadi kejutan seluruh negara sampai
 kecoh.
Bagaimanapun, gambar yang dihasilkan diambil dari rekabentuk muka depan sebuah akhbar tempatan memang menarik dan lucu.
Itupun tujuan parodi untuk berlawak tetapi mengambil perkembangan isu semasa.
Bukan sahaja
 gambar itu, gambar Izzat turut diparodikan dengan meletakkan dialog 
‘I’m sorryy,” berkali termasuk memasukkan bait-bait lirik lagu ‘Cinta 
Untuk Nabila’ kononnya seperti meminta maaf kepada penunggu Villa 
Nabila.