Filem Highland Tower mencecah Rm3 juta kutipan. Malah, filem found 
footage itu sendiri mendapat reaksi berbeza dan luar biasa dari 
masyarakat. Walaupun ianya hasil kerja fiksyen, ianya telah mencetuskan 
pelbagai insiden seperti pencerobohan Highland Tower bagi yang percaya 
filem ini, dan juga kejadian hilangnya seorang remaja di Villa Nabila.
Namun, apa yang admin nak tunjuk di sini bukanlah rakaman hantu dalam 
filem itu. Semasa admin menonton, admin ternampak satu perkara yang 
lebih besar dan kontroversi dari hantu. Apa? Filem ni terakam gambar anu
 yang dilukis di dinding! Wow, admin sangat terkejut sebab anu bukanlah 
satu benda yang legal untuk dipapar sama ada dalam bentuk lukisan 
ataupun real. Tak tahulah apa respon pengarah selepas melihat pos ini.
