Baru-baru ini Abang Nara pernah keluarkan entri gambar perut isteri 
Harith Iskandar, Jezamine Lim yang mengandung 8 bulan. Gambar tersebut 
telah dikongsi menerusi Twitter oleh Harith Iskandar. Akibatnya 
perkongsian gambar tersebut, ramai yang menyatakan rasa tidak senang 
kerana ianya agak tidak sesuai dengan norma masyarakat kita.

Dan Harith Iskandar hari ini menerusi Mstar telah
 pun memohon maaf kepada mereka yang agak sensitif dengan perkongsian 
gambar tersebut. Menurut Harith, dia hanya sekadar mahu berkongsi 
kegembiraan dan keterujaan bergelar bapa. Kata Harith:-
Abang Nara pun sebenarnya sama teruja dengan Harith Iskandar sebab tak lama lagi pun nak bergelar ayah jugak. Doakanlah agar wife kami berdua akan selamat melahirkan anak yang sempurna sifatnya. AminSaya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut ‘Twitter’ saya. Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu.